Tuesday, December 23, 2008

Hari Kiamat semakin hampir....

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang." - Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Adayang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²wanita" - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya."Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalammendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidakbaik."Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik&ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggalpadanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makrufdan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai olehLuka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya diantara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yangdikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamatialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannyaseperti telanjang".

10) Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepada mu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnyasebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²" - SahihMuslim

0 comments: