Tuesday, December 23, 2008

CERITA $20

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik olehanaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, sianakitu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya?Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayahsejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit..Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai10ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit,kamusenang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik tidur!Dah pukulberapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali kebiliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yangsekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira! -kira 2 jam kemudian,ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayahmelangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Siayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.
Kanak-kanak itu segera bangundan tersenyum girang."Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkatbantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.Bila ternampak duit itu, siayah kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyakitu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"Amin tunduk... tak berani diamerenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, diamenerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagihari-hari tu.Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukupduit...""Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi

Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni.Aminnak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok.Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."Jelas Amin tanpamemandang wajah ayahnya...

0 comments: